Kes rumah tangga masih belum selesai, Nora Danish akui tertekan dan hiba

11 Jun 2024 • 5:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Nora Danish akui tertekan dan hiba apabila mahu memberikan kenyataan berhubung rumah tangga bersama Nedim Nadzri yang dikatakan sedang bergolak ketika ini.

Tiada sebarang kenyataan mampu dibuat

Memetik laporan dari Berita Harian, Nora mengatakan tiada sebarang kenyataan mampu dibuat namun akan berkongsi jika ada perkembangan lanjut pada masa yang sesuai.

“Kes rumah tangga saya masih belum selesai, tetapi ‘slowly but surely’.”

“Saya sudah memberikan kenyataan, jadi tunggu sahaja kata putus yang akan dibuat”

image is not available

Nora Danish akui tertekan dan hiba, hal rumah tangga terlalu peribadi

Ujarnya lagi, dia hanya akan beri komen jika segala keputusan sudah muktamad memandangkan hal rumah tangga ini terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk semua pihak. Saya akan beri komen bila tiba masa sesuai dan mendapat keputusan muktamad.

“Terus-terang hal rumah tangga ini terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Saya nak beri kenyataan sekarang pun sangat tertekan dan hiba.

“Tunggu sampai tiba masa sama ada ia atau tidak (berlaku perceraian), semuanya masih dalam proses,” katanya.

image is not available

Nora Danish akui tertekan dan hiba, pergolakan tidak libatkan orang ketiga

Menurut Nora lagi, pergolakan rumah tangga yang berlaku sama sekal tidak ada kaitan dengan orang ketiga. Tegasnya, tiada persefahaman antara mereka menjadi salah satu punca mengapa hal tersebut boleh berlaku dalam perkahwinannya.

“Saya dan Nedim sentiasa berbincang sebelum membuat keputusan. Jadi, tiada anasir luar dan tiada siapa yang menghasut kami.

“Cuma dalam hal ini keadaan yang berlaku memaksa kami untuk tidak sebumbung. Semuanya berlaku dalam jalan cerita yang luar biasa,” katanya.

image is not available

Sudah beberapa bulan tidak tinggal sebumbung

Terdahulu, Nora Danish mendedahkan bahawa rumah tangganya berada dalam keadaan kurang baik apabila sudah beberapa bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami.

Walau bagaimanapun, Nedim memaklumkan yang mereka hanya ‘gaduh-gaduh manja’ serta menganggap rumah tangga masih dalam keadaan baik, berbeza seperti apa yang diperkatakan isterinya.

image is not available

Sekadar info, Nora dan suami telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun apabila bernikah sekitar 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neyqal, 6.

Sumber: Berita Harian (Najiy Jefri)