Kes saman penduduk Taman Mutiara Gombak 2: MRL tegaskan pembinaan ECRL ikut piawaian keselamatan

LocalBusiness & Finance
14 Jul 2026 • 4:58 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kes saman penduduk Taman Mutiara Gombak 2: MRL tegaskan pembinaan ECRL ikut piawaian keselamatan Image from: Kes saman penduduk Taman Mutiara Gombak 2: MRL tegaskan pembinaan ECRL ikut piawaian keselamatan liza14/07/2026 - 16:58 Stesen ECRL di Gombak - Gambar MRL Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Julai – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memilih untuk tidak memberikan komen lanjut berhubung tindakan undang-undang yang difailkan penduduk Taman Mutiara Gombak 2 berkaitan kerja pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kawasan berhampiran kediaman mereka.

 

Keputusan itu dibuat berikutan isu berkenaan kini berada dalam proses mahkamah yang menyebabkan MRL mengambil pendekatan untuk menghormati perjalanan prosiding perundangan yang sedang berlangsung.

 

MRL menegaskan pelaksanaan projek ECRL sentiasa mengambil kira aspek keselamatan dan dibuat berdasarkan keperluan teknikal serta peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa berkaitan.

 

Syarikat itu berkata, semua kerja pembinaan diteruskan mengikut kelulusan dan piawaian yang ditetapkan, selain akan terus bekerjasama dengan mahkamah serta agensi berkaitan sepanjang proses berkenaan.

 

t

 

MRL turut menyatakan komitmennya untuk memastikan projek strategik nasional itu disiapkan mengikut perancangan dengan memberi tumpuan kepada keselamatan, kualiti serta kepentingan masyarakat.

 

Sebelum ini, penduduk kawasan perumahan itu memfailkan saman terhadap beberapa pihak berkaitan projek ECRL dengan tuntutan ganti rugi berjumlah kira-kira RM1.33 juta, susulan dakwaan bahawa kerja pembinaan berhampiran kawasan perumahan mereka menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan keadaan fizikal kediaman.

 

Antara perkara yang dibangkitkan dalam tindakan undang-undang itu termasuk dakwaan berkaitan kesan gegaran, kerosakan struktur rumah, gangguan bunyi serta kebimbangan terhadap kestabilan kawasan cerun berhampiran lokasi pembinaan.

 

Projek ECRL merupakan salah satu projek utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) antara China dan Malaysia, dibiayai oleh The Export-Import Bank of China.

 

Laluan sepanjang 665 kilometer ini dijangka siap sepenuhnya pada 2027 dan bakal menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor ke Pelabuhan Klang.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved