Kes siasatan pemain bola bawa kerambit dirujuk pada TPR

LocalFootball
12 Aug 2024 • 12:49 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan melibatkan seorang pemain bola sepak amatur yang mengacukan senjata tajam dipercayai kerambit dalam perlawanan bola sepak Liga Sosial yang diadakan di KLFA Football Centre, pada 4 Ogos lalu, diserahkan kepada Timbalan Pendakwara Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Mohammad Lazim Ismail berkata, suspek kini dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman selama empat hari, berakhir hari ini, manakala teman wanitanya yang juga warga asing masih dalam tahanan Imigresen.

"Kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,’’ katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Scoop melaporkan seorang pemain bola sepak berusia 21 tahun disyaki membawa kerambit dalam satu pergaduhan yang berlaku di padang KLFA, Desa Melawati pada 4 Ogos lalu.

Suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan manakala teman wanitanya berusia 22 tahun ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah. - 12 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved