Kes Sijil Nikah Palsu Kerabat Raja: Tukang Urut Layak Dibicara

LocalPolitics
17 Sep 2025 • 4:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang tukang urut wanita yang didakwa memuat naik video dan gambar sijil nikah palsu membabitkan dirinya dengan seorang kerabat diraja disahkan waras serta layak dibicarakan.

Papar sijil nikah palsu dengan idividu digelar Crown Princess Ratu Shana

Menurut laporan Bernama, Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham, berkata laporan psikiatri forensik mendapati Persana Avril Sollunda, 43, boleh melalui proses perbicaraan dan pihaknya akan memanggil enam saksi.

image is not available

Foto: Harian Metro

Peguam tertuduh, Jefvinder Singh, memaklumkan pihaknya akan meneliti laporan tersebut sebelum mengemukakan representasi.

Hakim Suhaila Haron menetapkan perbicaraan bermula 3 hingga 5 Disember depan, manakala sebutan semula kes pada 13 Oktober.

Pada Julai lalu, Persana diarahkan menjalani pemeriksaan psikatri sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

image is not available

Foto: Harian Metro

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memuat nak kandungan paslu di TikTok melalui akaun @king,charles.ratu yang memaparkan sijil nikah palsu melibatkan seorang kerabat diraja dan individu bergelar Crown Princess Ratu Shana pada 25 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Mutlimedia 1998 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Sumber: Bernama

View Original Article