Kes Simbah Asid Faisal Halim: Suspek Kedua Diberkas Semalam

7 May 2024 • 12:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar fail

KUALA LUMPUR - Seorang lagi suspek kes simbah asid ke atas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim berjaya diberkas polis, semalam bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek ditahan di Bandar Baru Bangi, dekat sini.

"Suspek seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an dan ditahan di Bandar Baru Bangi lewat petang semalam.

"Suspek akan direman pada pagi ini di Mahkamah Petaling Jaya," katanya memetik laporan portal BH Online, hari ini.

Semalam, BH Online melaporkan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian itu ditahan di Pandan Indah, Ampang.

Suspek berusia 20-an itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Suspek kemudian direman dua hari bermula semalam untuk membantu siasatan polis.

Terdahulu, Getaran melaporkan Faisal yang juga bintang Selangor FC, Faisal Halim cedera pada beberapa bahagian badan selepas disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali.

Kejadian terbabit berlaku di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Damansara.

Beliau dilaporkan melecur pada tahap empat dan masih dirawat di ICU (Unit Rawatan Rapi) sebuah hospital swasta serta dipantau dengan rapi oleh pakar. - Getaran, 7 Mei 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved