Kes Simpan Mayat Isteri: “Mangsa Mati Dilemaskan, Bukan Dikelar” – Pakar Patologi

LocalPolitics
12 Dec 2025 • 4:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Punca kematian seorang wanita di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna akhirnya diperjelaskan selepas bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana dilemaskan, bukan akibat kelaran di leher seperti disangka awal.

Bunuh isteri dengan cara melemaskan

Menurut laporan Harian Metro, Pakar Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor berkata hasil pemeriksaan menemukan hanya satu kesan kelar pada leher dan kecederaan itu tidak cukup untuk menyebabkan kematian.

image is not available

“Kita dapati terdapat luka hirisan pada bahagian leher dan ia dipercayai dilakukan menggunakan pisau potong kertas kerana lukanya tidak dalam dan pendarahan juga sedikit,” katanya.

Artikel lain: Simpan Mayat Isteri, Penganggur Direman Tujuh Hari

Menurut beliau punca sebenar kematian ialah apabila mangsa tidak dapat bernafas selepas suspek menekup mulut dan hidung menggunakan kain.

“Mangsa bukan mati kerana dikelar. Mangsa mati kerana dilemaskan apabila mulut dan hidung ditutup rapat hingga tidak boleh bernafas,” ujarnya.

image is not available

Kes itu terbongkar selepas seorang lelaki berusia 28 tahun hadir sendiri ke balai polis dan memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di rumah mereka.

Suspek dipercayai membunuh mangsa empat hari sebelum tampil membuat laporan.

Jenazah wanita berkenaan, Wan Khairul Safinah, telah dituntut keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Suka Menanti, Alor Setar selepas solat Asar.

image is not available

Suspek kini direman selama tujuh hari hingga 18 Disember untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The post Kes Simpan Mayat Isteri: “Mangsa Mati Dilemaskan, Bukan Dikelar” – Pakar Patologi appeared first on Borak Daily.