
Suspek yang ditahan kerana mengelar isterinya hingga maut di rumahnya di Taman Cahaya, Bukit Gambir dilaporkan beberapa kali bertakbir dan beristighfar ketika dalam tahanan lokap.
Menurut laporan, tindakan tiba-tiba itu dilakukan oleh suspek berusia 33 tahun itu ketika sedang menunggu proses reman pada 8.30 pagi ini.
Sebelum itu, suspek dikatakan kelihatan tenang namun tidak lama kemudian dia didengari meraung dengan kuat selain turut melaungkan takbir ‘Allahuakbar’ dan beberapa zikir lain selama hampir satu minit.

Kredit: Harian Metro
Difahamkan, suspek mendirikan rumah tangga dengan mangsa sejak tiga tahun lalu, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Kejadian itu berlaku tanpa disedari mana-mana jirannya. Sebelum kejadian, suspek memberitahu dia bertengkar dengan mangsa dengan berakhir dengan kematian menyedihkan.
Kata sumber lagi, hubungan suspek dengan mangsa sebelum ini sangat baik namun sejak beberapa bulan lalu berlaku perubahan hingga mereka kerap bergaduh.
Suspek tidak bekerja, manakala isteri kerja di sebuah kilang.
Lelaki Mengganas, Kelar Isteri Hingga Maut Sebelum Ke Rumah Keluarga Mentua & Bakar Kereta
The post Kes Suami Kelar Isteri: Suspek Tiba-Tiba Bertakbir & Laung Allahuakbar Dalam Lokap first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


