Kes Syamsul Haris: MINDEF beri kerjasama penuh, pastikan keadilan ditegak – Khaled Nordin

LocalPolitics
27 Aug 2025 • 5:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung pelaksanaan semula proses bedah siasat ke atas Allahyarham Pegawai Kadet Syamsul Haris dari Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ATM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berwajib sepanjang siasatan dijalankan.

“Dalam soal ini, saya memberi jaminan bahawa ATM akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berwajib sepanjang siasatan dijalankan bagi memastikan keadilan kepada Allahyarham dapat ditegakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

MINDEF beri kerjasama penuh

Beliau turut menegaskan bahawa kementerian itu akan terus memantau perkembangan kes tersebut serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyempurnakan siasatan mengikut prinsip undang-undang yang berkuat kuasa.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kubur Syamsul Haris di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching, Semenyih, Selangor, digali semula.

image is not available

image is not available

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45.

Menurutnya, proses menggali semula kubur Allahyarham yang berusia 22 tahun ketika kematian itu adalah bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan.