Kes taun di Ethiopia meningkat kepada 153

16 Jun 2023 • 1:43 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ADDIS ABABA: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA) mengumumkan bahawa wabak taun yang sedang melanda di Ethiopia telah meragut 153 nyawa setakat ini, lapor Xinhua.

Dalam laporan pada Rabu, menurut UNOCHA, wabak itu kini merebak di 85 daerah di wilayah Oromia, Selatan, Somalia dan Sidama yang telah menjejaskan lebih 10,000 penduduk.

Wabak itu adalah antara yang paling lama pernah direkodkan di Ethiopia, dengan kes pertama dilaporkan pada Ogos 2022.

Menurut laporan itu, sumber yang terhad, tekanan keupayaan dan kekurangan dana menghalang UNOCHA untuk bertindak dengan cekap dalam menangani wabak berkenaan.

Data menunjukkan lebih 1.8 juta orang telah divansinasi dan pada bulan lalu, tujuh juta rakyat Ethiopia berisiko dijangkiti.

Menurut laporan itu lagi, hanya 24 peratus daripada jumlah keseluruhan permintaan dana sebanyak US$4 bilion di bawah Pelan Tindak Balas Kemanusiaan Ethiopia 2023 telah dibiayai. -Bernama

View Original Article