Kes Tembak Di Port Dickson: Pengawal Peribadi Maut, Majikan Ada 15 Rekod Jenayah Cedera Parah

LocalPolitics
10 Dec 2025 • 4:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan.

Pengawal peribadi maut ditembak

image is not available

Menurut laporan Berita Harian, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, seorang maut ketika mendapatkan rawatan di hospital, manakala rakannya parah.

Artikel lain: Lelaki Nyaris Maut, Ditembak Ketika Ambil Anak Pulang Sekolah

Kedua-dua mangsa, warga tempatan, berada dalam Perodua Myvi yang dinaiki sebelum dikejarkan ke Hospital Tunku Jaafar (HTJ) oleh orang awam.

image is not available

Foto: SInar Harian

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata, salah seorang daripada mangsa yang berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di zon merah.

“Siasatan awal di lokasi kejadian menemui kesan tompokan darah di atas jalan serta beberapa kelonsong peluru. Mangsa yang meninggal dunia dipercayai merupakan pengawal peribadi kepada mangsa kedua,” katanya.
image is not available

Foto: Sinar Harian

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971).

Sumber: Berita Harian (Ahmad Hasbi)