Kes tembak: Polis Kelantan panggil tujuh saksi

9 Jul 2023 • 12:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

image is not available
Muhamad Zaki (tengah) menerima replika cek yang disampaikan oleh Mohamed Al Namiri (dua, kanan) semasa Program Fitrah Aidiladha Bank Rakyat di Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah memanggil tujuh orang saksi bagi membantu siasatan berhubung kes rumah dan kenderaan milik penjawat awam ditembak dalam kejadian di Kok Lanas pada Jumaat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tindakan itu bagi membolehkan pihaknya mengetahui motif sebenar kejadian.

"Setakat ini kita telah menerima beberapa maklumat baharu berkait dengan kes tersebut.

"Polis akan cuba selesaikan kes ini dengan melihat dari semua sudut," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.

Sebelum itu beliau merasmikan Program Fitrah Aidiladha Bank Rakyat yang turut dihadiri oleh Ketua Wilayah Kelantan, Terengganu, Mohamed Al Namiri Che Man.

**media[2259366]**

Muhamad Zaki, pihak polis mengambil serius berkait dengan kejadian melibatkan isu tembakan yang berlaku.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan rumah dan kenderaan milik seorang penjawat awam di Kampung Guntong, Kok Lanas di sini dipercayai ditembak dalam kejadian jam 11.59 malam, Jumaat.

View Original Article