Kes Tender Tentera Darat: Bekas PTD Hadir Di Ibu Pejabat SPRM Beri Keterangan

LocalPolitics
7 Jan 2026 • 5:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.

Menurut laporan Bernama, beliau dilihat tiba pada 3.10 petang dengan diiringi beberapa individu ketika memasuki bangunan ibu pejabat SPRM.

Bekas PTD hadir di ibu pejabat SPRM

image is not available

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Muhammad Hafizuddeain telah diarah bercuti sehingga pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan membabitkan beliau.

Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman kemudian dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Artikel lain: Ada Bahan Terlarang! KKM Sasar Haramkan Rokok Elektronik Sistem Terbuka Tahun Ini

image is not available

Pada 23 Dis lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat.

Sumber: Bernama

The post Kes Tender Tentera Darat: Bekas PTD Hadir Di Ibu Pejabat SPRM Beri Keterangan appeared first on Borak Daily.