Kes Terbalikkan Kereta Myvi, 7 Suspek Mengaku Salah

7 Nov 2022 • 2:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Masih lagi hangat dengan kejadian sebuah kereta Myvi yang telah dirosakkan dan diterbalikkan pada minggu lalu, hari ini kes perbicaraan terhadap tujuh orang supek susulan kejadian itu diteruskan.

Suspek-suspek tersebut telah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret hari ini.

Perbuatan khianat

image is not available

Mengikut kertas pertuduhan, suspek-suspek tersebut telah melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan semua cermin dan pintu kereta serta menterbalikkan Perodua Myvi milik mangsa.

Empat daripada suspek bekerja sebagai penghantar makanan p-hailing, dua daripadanya bekerja sebagai pekerja membaiki mesin basuh serta seorang lagi sedang melanjutkan pelajaran.

Ikat jamin

image is not available

Mereka telah didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Kesemua suspek tidak diwakili peguam telah mengemukakan rayuan agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan masing-masing berpendapatan rendah.

Mahkamah bersetuju membenarkan setiap suspek diikat jamin RM 7,000 dengan syarat, tidak boleh mengganggu saksi dan mangsa selain melapor diri sebulan sekali di balai polis.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.