“Kes Tidak Akan Diklasifikasikan Sebagai NFA..” – Meskipun Tiada Bukti Baru, Siasatan Kes Zayn Rayyan Diteruskan Di Tahun 2024

2 Jan 2024 • 4:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihak polis akan meneruskan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin meskipun tiada petunjuk baru setakat ini.

Tidak akan diklasifikasikan sebagai NFA

Menurut sumber, Hussein berkata bahawa usaha kes berkenaan masih berlangsung bagi mencari bukti baru yang dapat membantu siasatan. Katanya lagi, kes adik Rayyan ini tidak akan diberhentikan buat masa kini.

Kes ini tidak akan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) meskipun tiada petunjuk baharu yang ditemukan. Siasatan masih diteruskan bagi mencari petunjuk.

Masih mencari petunjuk baru

Tambah ketua polis Selangor, pihaknya masih tidak berputus asa dalam mencari sebarang bukti bagi menyelesaikan kes pembunuhan berkenaan. Walaupun sudah hampir sebulan kes ini berlanjutan, usaha mencari bukti masih dilaksanakan dengan cermat.

Sebelum ini, Zayn Rayyan yang baru berusia enam tahun dilaporkan hilang pada 5 Disember tahun lalu di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia berdekatan aliran anak sungai.

Kanak-kanak ini dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat yang menemukan kesan kecederaan pada leher mangsa.

image is not available 2 weeks ago

"Paling Sakit Rindu Pada Orang Yang Dah Tiada" - Luahan Ibu Adik Zayn Rayyan Undang Sebak, Ramai Turut Menangis