Kes tikam pelajar: Remaja perempuan dihantar ke Hospital Bahagia

10 Jul 2026 • 11:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes tikam pelajar: Remaja perempuan dihantar ke Hospital Bahagia
Seorang remaja perempuan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Telok Datok pada Jumaat, atas satu pertuduhan cuba membunuh rakan.
Image from: Kes tikam pelajar: Remaja perempuan dihantar ke Hospital Bahagia
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh juvana itu sementara menunggu laporan penilaian psikiatri gadis itu.
Image from: Kes tikam pelajar: Remaja perempuan dihantar ke Hospital Bahagia
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Image from: Kes tikam pelajar: Remaja perempuan dihantar ke Hospital Bahagia
Image from: Kes tikam pelajar: Remaja perempuan dihantar ke Hospital Bahagia
Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 11 Ogos depan.

KUALA LANGAT - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan cuba membunuh rakannya dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting di sini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh juvana itu sementara menunggu laporan penilaian psikiatri gadis itu.

Prosiding secara tertutup di hadapan Majistret, Maslinda Selamat berkenaan, turut disertai ahli keluarga tertuduh.

**media[3577606]**

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan, supaya remaja yang memakai baju berhud hitam itu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. 

Mengikut pertuduhan, pelajar tingkatan tiga itu didakwa cuba membunuh pelajar perempuan berusia 15 tahun dengan menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan serta mempunyai niat untuk menyebabkan kematian. 

**media[3577603]**

Kesalahan didakwa dilakukan di sekolah berkenaan jam 9.50 pagi pada 6 Julai.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Syafiq Yazid bersetuju sekiranya remaja yang dilaporkan menghidap autisme itu, menjalani pemeriksaan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

**media[3577604]**

Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 11 Ogos depan.

Pihak media yang tiba lebih awal, tidak dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikut prosiding pendakwaan memandangkan kes berkenaan melibatkan tertuduh juvana.

**media[3577605]**

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera selepas dipercayai ditikam sebanyak 16 kali menggunakan pisau oleh rakan sekolahnya di kantin sekolah ketika waktu rehat.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk paru-paru dan kini menerima rawatan di hospital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved