Kes tikam: Remaja 14 tahun didakwa membunuh rakan sekolah

LocalPolitics
22 Oct 2025 • 10:39 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PETALING JAYA, 22 OKT: Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas satu pertuduhan membunuh rakan sekolahnya, dalam kejadian tikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini minggu lalu.

Suspek memakai baju lokap berwarna oren mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Amira Sariaty Zainal.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, remaja terbabit dibawa masuk ke bilik mahkamah kira-kira 10 minit lalu dengan menaiki kenderaan polis.

Dia diiringi beberapa anggota polis melalui laluan dalaman ke bilik mahkamah.

Mangsa, Yap Shing Xuen, 16, maut akibat ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama pada Selasa lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved