Kes tikam: Remaja perempuan dihadapkan ke mahkamah

20 Oct 2022 • 10:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Remaja berkenaan tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru kira-kira 9.30 pagi sebelum terus dibawa ke bilik reman.

JOHOR BAHRU - Seorang remaja perempuan dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman atas tuduhan menikam adik lelakinya, di Ulu Pulai, Ulu Choh, pada Rabu.

Remaja berkenaan tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru kira-kira 9.30 pagi sebelum terus dibawa ke bilik reman.

Kejadian berlaku akibat berebut tempat duduk dalam kereta semasa pulang dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.15 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan antara mangsa yang berusia 16 tahun dan kakaknya berusia 18 tahun.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved