Kes Tinggal Bayi Depan Masjid: Wanita Dalam Rakaman CCTV Diminta Tampil 

10 Jun 2023 • 7:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

IPOH - Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru beberapa hari dilahirkan telah ditemukan di depan pintu utama Masjid An-Najihah Sungai Kepar dekat Semanggol di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintenden Juna Yusoff berkata bayi yang cukup sifat itu serta dibalut dengan kain ditemukan oleh jemaah masjid dalam keadaan sihat dan sempurna.

"Bertindak atas maklumat yang diterima, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian digerakkan ke lokasi kejadian dan hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita dipercayai bangsa Melayu telah masuk ke kawasan masjid dan meninggalkan bayi tersebut,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata wanita itu dilihat beredar pada 11.58 pagi dan pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada bayi terbabit.

Juna berkata pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dan meminta wanita dalam rakaman CCTV itu tampil ke IPD Kerian bagi membantu siasatan. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved