Kes Truper Abdul Hamid: Suhakam teliti siasatan awam

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 7:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kes Truper Abdul Hamid: Suhakam teliti siasatan awam

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mempertimbangkan bagi mengadakan satu siasatan awam berhubung dakwaan penderaan terhadap anggota Rejimen 22 Komando, Truper Abdul Hamid Talib selepas menerima memorandum daripada ahli keluarganya.

Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Mariati Robert berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada pihak berkuasa berkaitan sebelum memutuskan sama ada siasatan awam perlu dijalankan.

“Kami (Suhakam) perlu mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa termasuk polis, tentera dan pihak perubatan,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama keluarga mangsa di Pejabat Suhakam hari ini.

Menurut beliau, kumpulan penasihat Suhakam akan meneliti maklum balas daripada pihak berkuasa sebelum mengemukakan syor kepada kerajaan.

Mariati berkata, siasatan Suhakam akan memberi tumpuan kepada sama ada berlaku pelanggaran hak asasi manusia, khususnya dari aspek ketelusan.

“Keluarga mempunyai hak untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Ketelusan itu amat penting supaya mereka mengetahui apa yang telah terjadi,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan, TDM menegaskan kebajikan Abdul Hamid sentiasa menjadi keutamaan dan memaklumkan tindakan perundangan terhadap individu yang terlibat telah diambil, manakala proses pemberhentian perkhidmatan pelaku sedang dilaksanakan.

Abdul Hamid mengalami kecederaan otak traumatik yang teruk selepas insiden di Kem Iskandar, Mersing, Johor pada Mac lalu sehingga menyebabkan beliau lumpuh pada keempat-empat anggota badan. – KOSMO! ONLINE

The post Kes Truper Abdul Hamid: Suhakam teliti siasatan awam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved