
Kota Kinabalu: Rasa kecewa sukar diungkap oleh 29 pekebun kecil, yang cuba mempertahankan tanah hak adat anak negeri (NCR) di Ulu Tingkayu Lahad Datu selama tiga tahun, selepas mahkamah menolak rayuan mereka untuk terus kekal berhak atas tanah itu.
“Kami sangat kecewa,” kata Fatima Abdul, pekebun kecil yang mewakili semua keluarga yang terkesan dengan keputusan hakim Mahkamah Rayuan itu pada Selasa minggu lalu.
Katanya, pengorbanan mereka selama dua dekad membuka kira-kira 400 ekar tanah hutan simpan itu untuk menanam kelapa sawit, sayur-sayuran dan buah-buahan kelihatan semakin sia-sia.

