Kes wanita dirogol 5 lelaki: Abang ipar disyaki ‘cagar’ mangsa demi lunaskan hutang

5 Sep 2023 • 9:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang lelaki telah berjaya ditahan polis susulan laporan yang dibuat berkenaan kes rogol secara bergilir-gilir melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun di sebuah kediaman di Wangsa Maju minggu lalu.

Menerusi laporan dari Buletin TV3, siasatan awal menyatakan suspek yang juga abang ipar mangsa dipercayai menggunakan adik iparnya untuk melangsaikan hutang kepada salah seorang rakan.

Call mangsa suruh jangan kunci pintu sebelum benar rakan2 masuk rumah

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah juga memaklumkan yang suspek berusia 29 tahun itu telah menghubungi mangsa sebelum kejadian supaya tidak mengunci pintu kediaman sebagai cara memudahkan rakan-rakannya masuk ke dalam rumah.

Susulan daripada itu, lima lelaki telah merogol mangsa yang sedang tidur di dalam bilik setelah mengikat dan menampal mulut mangsa dengan pita pelekat.

Abang ipar sudah ditahan, yang lain masih bebas

Difahamkan, suspek telah ditahan dihadapan sebuah restoran jam 9.30 malam Sabtu lalu dan sedang direman untuk membantu siasatan.

“Abang ipar mangsa ditahan jam 9.30 malam Sabtu di hadapan sebuah restoran di Jalan Rampai Niaga 5, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan direman enam hari hingga 8 September”

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan (Rogol berkumpulan),” ujar Ashari.

image is not available

Dalam pada itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau Hotline Polis 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, seorang wanita berdepan detik hitam apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki dipercayai kenalan abang iparnya di kediaman di Wangsa Maju ketika sedang tidur.

Kejadian tersebut berlaku pada 30 Ogos sekitar jam 3.30 pagi selepas mangsa diserang dengan diikat dan mulut ditampal pita pelekat oleh para suspek. Lebih kejam lagi, tindakan keji itu telah dirakam oleh mereka.

Pihak polis telah memuat naik gambar salah seorang suspek untuk membantu siasatan berhubung kes terbabit.

image is not available

Sumber: Buletin TV3