Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

LocalPolitics
31 Jul 2025 • 11:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan kes Zara Qairina kini telah berada di peringkat akhir yang mana kira-kira 60 saksi telah dirakam percakapan dan beberapa keterangan lain juga turut diambil.

KOTA KINABALU - Seramai 60 individu termasuk tiga nama didedahkan di media sosial, iaitu Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, di sebuah sekolah agama di Papar, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan kini telah berada di peringkat akhir yang mana kira-kira 60 saksi telah dirakam percakapan dan beberapa keterangan lain juga turut diambil.

"Buat masa sekarang kertas siasatan telah kita bawa ke Bukit Aman untuk perhatian dan penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

"60 saksi ini melibatkan pelajar, ibu bapa dan kakitangan sekolah. Itu juga telah diambil kenyataan (tiga nama didakwa di media sosial), setakat ini (nama didakwa) memang ada, sebagai pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah di sini pada Khamis.

AKAN MENYUSUL