Kes Zara Qairina: Datuk Ram Singh Peguambela Salah Seorang Remaja Didakwa

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 12:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suasana di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu hari ini menjadi tumpuan apabila prosiding pertuduhan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak berlangsung susulan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Peguam wakili ibu mangsa hadir sebagai pemerhati

Memetik laporan daripada Sinar Harian, pasukan peguam diketuai Hamid Ismail yang mewakili ibu arwah, Noraidah Lamat, hadir sebagai pemerhati turut kelihatan.

image is not available

Datuk Ram Singh wakili tertuduh kes Zara Qairina

Dalam masa sama, pasukan peguambela yang diketuai Datuk Ram Singh difahamkan hadir bagi mewakili salah seorang daripada remaja yang didakwa.

image is not available

Prosiding kes Zara Qairina berlangsung di bilik Mahkamah Kanak-Kanak

Prosiding itu dijangka berlangsung pada bila-bila masa di dalam bilik Mahkamah Kanak-Kanak.

image is not available

Kredit foto: Sinar Harian

Bagaimanapun, pengamal media tidak dibenarkan memasuki bilik mahkamah untuk mengikuti prosiding kerana ia tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)