Kes Zara Qairina: JSJ Dedah Berlaku Ketidakpatuhan Dalam Siasatan – “Kita Kesan Ibu Mangsa Setuju Bedah Siasat Tak Dibuat”

LocalPolitics
13 Aug 2025 • 5:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkembangan terbaru mengenai kes Allahyarham Zara Qairina telah pun dilaporkan oleh Malaysia Gazette.

Difahamkan daripada laporan media tersebut, pasuka petugas khas telah mengenal pasti telah berlakunya ketidakpatuhan dalam prosedur siasatan kes melibatkan pelajar Tingkatan Satu ini.

image is not available

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, perkara tersebut dikesan selepas pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat terhadap mangsa.

Lebih mengejutkan, Datuk M. Kumar turut memaklumkan dapat kesan ibu mangsa iaitu Noraidah juga bersetuju agar proses bedah siasat tidak dilakukan.

image is not available

Persetujuan ini direkodkan dengan tanda tangan ibu mangsa, doktor, patalogi dan pegawai penyiasat dalam satu dokumen ‘Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang dikeluarkan pihak hospital.

Maklumat ini didedahkan sewaktu sidang media khas di Bukit Aman pada hari ini.

image is not available 2025-08-13 15:42:26

Dari Sabah Ke Global! Gelombang #JusticeForZara Tersebar Ke Seluruh Dunia, Ramai Bangkit Tuntut Keadilan