Kes Zara Qairina: Keadilan mesti ikut undang-undang, bukan spekulasi – Saifuddin Nasution

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 5:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan kebenaran dan keadilan dalam kes melibatkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir mesti ditegakkan sepenuhnya mengikut undang-undang.

Beliau berkata kebenaran tidak boleh ditentukan melalui perbualan di media sosial atau pendapat umum kerana ia hanya boleh dicapai menerusi proses siasatan undang-undang oleh pihak berkuasa.

“Kita yang menganjurkan siri demonstrasi, nak cari apa? Nak cari kebenaran. Nak tegakkan keadilan. Jadi apa cara dia? Mesti mengikut lunas hukum dan undang-undang,” katanya.

image is not available

Saifuddin menjelaskan pihak polis merupakan autoriti yang bertanggungjawab dalam memastikan siasatan berjalan telus dan menyeluruh.

image is not available

Keadilan mesti ikut undang-undang

Beliau berkata sehingga kini sebanyak 195 keterangan saksi telah diambil dan hasil siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum lima remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.

“Polis bertindak mesti mengikut lunas undang-undang untuk tujuan mencari kebenaran dan keadilan,” katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Majlis Perhimpunan Bulanan KDN bagi bulan Ogos 2025 di Putrajaya hari ini.

image is not available

Allahyarham Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai lalu selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada pagi 16 Julai.

Sumber: Bernama