Kes Zara Qairina: Pengawal Keselamatan Dedah Arwah Ditemukan Dalam Longkang, Tengkuk Berdarah

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 3:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, seorang pengawal keselamatan telah memberitahu dalam Mahkamah Koroner, hari ini, bahawa dirinya menemukan Allahyarham Zara Qairina sedang terlentang di longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bukan itu saja, malah, tengkuk arwah juga sedang berdarah ketika itu, di mana dia menjumpai Zara kira-kira jam 3 pagi pada 16 Julai lalu.

image is not available

Kata Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar sejak 1 Julai 2012, kira-kira jam 2 pagi dia membuat rondaan di asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah dan mendapati tiada sebarang insiden luar biasa berlaku.

Saya kemudian bergerak ke blok asrama bersebelahan, iaitu Blok Sumayyah yang merupakan asrama perempuan untuk membuat rondaan seterusnya.

image is not available

Sewaktu berada di Blok Sumayyah pada jam sekitar 3 pagi, dia dimaklumkan terdapat seorang pelajar perempuan pengsan di longkang berhampiran Blok Rabiatul Adawiyyah.

image is not available 2025-09-10 15:22:04

"Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat Tiga" - Saksi Kelima