Kes Zara Qairina: Telefon Bimbit Ibu Diserah Kepada Polis

7 Aug 2025 • 9:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR  - Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, menyerahkan telefon bimbitnya kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Kepayan petang tadi.

Peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berkata telefon bimbit itu mengandungi rakaman perbualan antara Noraidah dan Zara, yang akan digunakan bagi membantu siasatan.

“Bagi membantu melengkapkan siasatan pihak polis, anak guam kami, Noraidah Lamat yang merupakan ibu kepada Zara, menyerahkan telefon bimbit yang mengandungi rakaman perbualan telefon mereka berdua kepada pihak polis.

“Rakaman tersebut dijangka menjadi bukti penting bagi mengenal pasti punca sebenar kematian pelajar Tingkatan Satu itu,” katanya. 

Zara Qairina, 13 tahun, ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Papar, Sabah bulan lalu.

Awal minggu ini, pakaian yang digunakan Zara pada malam kejadian telah diserahkan kepada pihak polis. - Getaran, 7 Ogos 2025