Kes Zara Qairina: Tertuduh Pertama Diwakili Datuk Ram Singh, Jadi Bualan Ramai – “Kalau Bukan VIP, Mana Mampu Bayar Peguam Ni”

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 2:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari ini, Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu menjadi tumpuan para media disebabkan prosiding pendakwaan lima remaja berhubung kes buli Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Kelibat pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina mencuri tumpuan dan dilihat masuk ke bilik bicara pada jam 9 pagi.

image is not available

Datuk Ram Singh peguam tertuduh pertama

Dalam pada itu, kelibat peguam Datuk Ram Singh yang dikhabarkan mewakili tertuduh pertama turut meraih perhatian petugas media.

Berita tentang Datuk Ram Singh menyertai pasukan peguambela telah menjadi bualan di media sosial dan ramai berpendapat tertuduh berkenaan datang dari keluarga ternama kerana mampu membayar kos guaman yang mahal.

Kalau bukan anak VIP mana mampu lantik, bayar Datuk Ram Singh.

image is not available image is not available

Bukan itu sahaja, perkara lain yang menjadi bualan juga adalah tertuduh dibawa ke mahkamah menaiki Vellfire dan bukan kenderaan polis.

Rata-rata pengguna media sosial berkata rakyat tidak mudah untuk ‘digula-gulakan’ kerana tahu tidak mungkin keluarga biasa-biasa boleh mendapatkan peguam berprofil tinggi seperti Datuk Ram Singh untuk mewakili mereka.

Sementara itu, ramai yang mendoakan agar kes ini berakhir dengan keputusan yang memperoleh keadilan terhadap kematian Allahyarhamah Zara Qairina.

image is not available

 

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

 

Terdahulu, kenderaan membawa lima remaja berusia 18 tahun itu dikawal ketat pihak polis ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah sekitar jam 8.45 pagi.

Menurut laporan, berdasarkan penelitian Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap kertas siasatan, pertuduhan mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dibuat kerana pertuduhan ini merujuk kepada perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina.

image is not available 2025-08-20 14:00:08

Kes Zara Qairina: Dituduh Menggunakan Perkataan Cela, Lima Remaja Mengaku Tidak Bersalah