Kesabaran ada had! Chazynash terpaksa tarik semula pemberian mutaah, bekas isteri tak layak

LocalFamily & Parenting
7 Jan 2026 • 2:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti media sosial, Chazynash memaklumkan dia terpaksa menarik semula pemberian mutaah kepada bekas isterinya susulan dakwaan gangguan, fitnah serta pelanggaran perjanjian yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah berkata, keputusan itu dibuat dengan rasa berat hati selepas mendakwa segala usaha menyelesaikan perkara secara baik tidak dihormati, sekali gus menjejaskan ketenangan hidupnya.

“Dengan rasa berat hati, saya ingin memaklumkan bahawa saya terpaksa menarik semula pemberian mutaah, rumah dan kereta yang sebelum ini telah saya berikan.
“Perjanjian asal adalah untuk menyelesaikan segala perkara secara baik dan tanpa mengganggu kehidupan saya, namun perjanjian tersebut telah dilanggar,” katanya.

image is not available

Menurutnya, sejak Mei 2025, beliau berdepan pelbagai gangguan termasuk penyebaran fitnah dan provokasi berterusan yang memberi kesan besar terhadap emosi, maruah serta kerjayanya, selain turut menjejaskan bakal isteri dan anak-anak.

“Saya ingin menegaskan bahawa niat saya hanyalah untuk hidup dengan tenang bersama bakal isteri dan anak-anak saya.
“Cukuplah dengan segala fitnah, spekulasi dan tohmahan yang dicipta serta disebarkan sehingga menjejaskan emosi, maruah dan kerjaya kami,” katanya lagi.

Beliau mendakwa wujud akaun palsu yang dicipta bagi menyebarkan tuduhan berhubung isu kecurangan, selain ugutan serta tohmahan tidak berasas yang disebarkan kepada orang awam dan individu terdekat.

“Sejak bulan Mei 2025, pelbagai usaha mereka telah dilakukan untuk menjatuhkan saya.
“Fake account diwujudkan bagi menyebarkan fitnah berkenaan kecurangan, kemudian deactivate dan meninggalkan kesan buruk kepada saya dan bakal isteri,”ujar beliau.

image is not available

Mengulas isu nafkah, Chazynash berkata persepsi masyarakat terhadap dirinya terbentuk hasil naratif sebelah pihak yang disebarkan secara terbuka, sebelum kebenaran sebenar mula difahami selepas beliau tampil memberikan penjelasan.

“Saya dilabel sebagai culas nafkah, bapa tidak bertanggungjawab dan pelbagai tohmahan lain, sedangkan bekas isteri saya memilih untuk berdiam diri dan membiarkan persepsi tersebut berterusan,” katanya.

image is not available

Chazynash terpaksa tarik semula

Menurutnya, kenyataan berhubung nafkah dibuat tanpa niat memburukkan mana-mana pihak, sebaliknya sekadar menyatakan perkara sebenar.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan wujudnya pihak ketiga dalam penceraian mereka dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.

Maklumnya lagi, segala urusan berkaitan harta serta hak penjagaan anak-anak akan diselesaikan sepenuhnya melalui saluran mahkamah.

“Saya akan mempertahankan hak saya sebagai seorang bapa,”tegasnya.

image is not available

Dalam pada itu, beliau memohon maaf kepada orang ramai atas kekecohan yang berlaku dan mengakui keletihan selepas terlalu lama bersabar.

“Percayalah, saya telah bersabar terlalu lama, sudah muak dengan permainan ini. Saya manusia biasa, bukan sempurna. Saya tak mampu ikut jejak Chef Wan,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Difitnah netizen berkait isu cerai, Chazynash lapor terus ke Ketua Polis Perlis

Sekadar info, Chazynash mengesahkan telah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari lalu menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram.

image is not available

Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesilapannya itu sebagai keputusan yang dicapai dengan persefahaman bersama.

Sumber: FB Chazynash