
Kota Kinabalu: Kesabaran guru, sokongan ibu bapa, dan keyakinan semua yang lain banyak membantu kanak-kanak berkeperluan khas untuk mencapai kejayaan dalam cita-cita mereka.
“Saya percaya tugas membimbing kanak-kanak berkeperluan khas bukanlah tugas yang mudah, tetapi berkat kesabaran guru, dorongan ibu bapa dan sokongan semua pihak, mereka yang berkeperluan khas mampu setanding dengan semua orang,” kata Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri (Sektor Perancangan dan Pengurusan) Mohd Zaini Yanin.
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan kejohanan merentas desa peringkat negeri ke-2 bagi murid pendidikan khas anjuran Majlis Sukan Negeri Sabah di padang Universiti Malaysia Sabah, di sini, baru-baru ini.
