
Kota Kinabalu: Sebelas orang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin, kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.
Lapan daripada mereka iaitu Ahmad Sazani, Jerold Buaya, Binyasir Jhul, Arwan Awang, Alwie Ardin, Fainal Jawan, Janeh Nekolaus dan Adam Abdullah mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas pertuduhan mengambil syabu dan amfetamin di lokasi berasingan di sini dan di Penampang antara 19 Mac dan 28 April, tahun ini.
Pihak pendakwaan mengemukakan laporan ahli kimia yang menyatakan bahawa lapan sampel air kencing masing-masing positif dadah tersebut.
Ahmad dan Binyasir masing-masing diperintah membayar denda RM2,000 atau penjara lapan bulan, manakala yang lain dihukum penjara lapan bulan.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Peter Johnny, Mayer Fadzil dan Johari Jauzan mengaku memiliki syabu.
Peter dipenjara 36 bulan dari tarikh dia ditangkap pada 9 Jan tahun ini, Mayer didenda RM4,200 atau penjara sembilan bulan, manakala Johari dipenjara lapan bulan mulai 16 April.
Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam kes lain, seorang wanita berusia 24 tahun didenda RM800 atau penjara seminggu kerana memiliki peralatan judi.
Elsie Jennifer Sulin mengaku bersalah memiliki tiga tiket loteri secara haram pada 12.40 tengah hari pada 16 Jun lalu di hadapan sebuah kedai kopi, Bandaran Berjaya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Elsie, meminta denda rendah atas sebab tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Navind Kumar Vijayan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
