Kesalahan dadah: Tiga dijatuhi hukuman

6 Oct 2023 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dua lelaki dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis, atas tuduhan memiliki dadah.

Shahrizul Yakub, 38, dan Federic Elmo Jelin, 27, masing-masing mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kerana memiliki syabu seberat 1.19 gram dan 0.09 gram.

Shahrizul dipenjara 13 bulan dari tarikh tangkap pada 18 Julai manakala Federic didenda RM2,700 atau penjara 11 bulan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Pegawai Pendakwa Inspektor Kelvan Elson Maik berkata, pada jam 12.40 tengah hari di Kampung Rampayan Ulu, Menggatal, polis merampas satu paket mengandungi bahan disyaki dadah daripada Shahrizul.

Pemeriksaan kimia mengesahkan bahan itu dadah jenis syabu seberat 1.19 gram.

Kelvan juga berkata, polis menahan Federic di tepi Jalan Nosoob Penampang pada 1.20 pagi 28 Feb, selepas tertuduh didapati membawa plastik mengandungi syabu seberat 0.09 gram.

Peguam dilantik, Carmen Khoo yang mewakili Shahrizul, memohon hukuman ringan kerana Shahrizul menganggur.

Carmen juga mewakili Federic memohon hukuman ringan kerana dia seorang pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan pendapatan harian RM60 dan merupakan pesalah kali pertama.

Kelvan memohon hukuman berbentuk pencegahan terhadap Shahrizul dan Federic.

Di mahkamah sama, seorang wanita berusia 20 tahun didenda RM1,800 atau penjara lima bulan dan menjalani pengawasan polis selama dua tahun kerana mengambil syabu.

Sitti Nurhashima Sari Mohamad Hashim didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Peguam dilantik, Lim Ming Zoong @ Lawrence memohon laporan sosial dibuat kerana Sitti merupakan pesalah muda yang bekerja sambilan.

Kelvin memohon hukuman berbentuk pencegahan dan pengawasan polis selama dua tahun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.