Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029

image.png

Pengguna jalan raya di Malaysia nampaknya perlu lebih "beriman" di jalan raya. Kerajaan hari ini membentangkan rancangan untuk menaikkan kadar maksimum kompaun kesalahan lalu lintas daripada RM300 kepada RM500 berkuat kuasa 1 Januari 2029.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia selaras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang bertujuan meningkatkan pematuhan, bukan membebankan rakyat atau menambah pendapatan kerajaan.

"Peningkatan daripada RM300 kepada RM500 tidak bermaksud semua pesalah akan dikenakan kompaun RM500 secara automatik. Bagi kesalahan yang boleh dikompaun, pindaan ini menaikkan had maksimum tawaran kompaun.

"Sementara kadar sebenar masih tertakluk kepada jenis kesalahan dan tahap keseriusan kesalahan, tempoh penyelesaian kompaun serta tatacara yang ditetapkan.

"Kesalahan sama, tetapi hukuman disemak semula supaya kekal relevan dan mempunyai kesan pencegahan lebih berkesan," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 peringkat bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Kesalahan Apa Yang Boleh Kena RM500?

image.png

Jangan ambil mudah! Kompaun baru ini bakal melibatkan kesalahan-kesalahan asas yang sering dipandang remeh oleh rakyat Malaysia:Pandu melebihi had laju.Memandu tanpa lesen atau lesen tamat tempoh.Menggunakan kenderaan tanpa cukai jalan (LKM) sah.Nombor plat fancy atau tidak diperagakan dengan betul.Gagal patuh lampu isyarat atau arahan lalu lintas.

image.png

BERITA BURUK

Berita buruk buat "Samseng Jalanan". Pindaan kali ini memperkenalkan Seksyen Baharu 42A khusus untuk aktiviti berlumba atau menduga kelajuan. Selepas ini, pihak berkuasa boleh terus tangkap korang tanpa perlu tunggu kemalangan atau nyawa melayang!

Hukumannya cukup menggerunkan:

KesalahanHukuman DendaHukuman PenjaraKali PertamaRM2,000 hingga RM10,000Maksimum 2 tahunKali Kedua & SeterusnyaRM5,000 hingga RM20,000Maksimum 5 tahun

SUMBER HARIAN METRO

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved