Kesalahan Pemandu Dirakam, JPJ Kuching Keluarkan Notis Temu Siasat

13 Feb 2024 • 9:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

JPJ Sarawak keluarkan notis saman kepada pemandu melalui EAC

Kesalahan Pemandu Dirakam, JPJ Kuching Keluarkan Notis Temu Siasat. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Falcon JPJ Kuching telah mengesan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu-pemandu di sekitar bandar raya ini, semalam.

Menurut kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook JPJ Negeri Sarawak, kesalahan-kesalahan tersebut telah dirakam oleh Enforcement Action Camera (EAC).

image is not available
Kesalahan Pemandu Dirakam, JPJ Kuching Keluarkan Notis Temu Siasat. Sumber: Facebook

Pihak JPJ menyatakan bahawa mana-mana pemandu atau pemilik kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan akan dikehendaki hadir untuk siasatan lanjut.

“Notis Panggilan Temu Siasat di bawah Seksyen 114(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dikeluarkan kepada pemilik-pemilik kenderaan dan mereka dikehendaki hadir ke Unit Pengurusan Aduan & Siasatan JPJ untuk tujuan siasatan dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis dikeluarkan,” kata pihak JPJ menerusi laporan.

Pengguna jalan raya diminta mematuhi peraturan jalan raya

Video berkenaan operasi tersebut boleh ditonton di laman Facebook JPJ Negeri Sarawak.

Oleh itu, pengguna-pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelakkan daripada sebarang tindakan diambil.

Aduan-aduan berkaitan lalu lintas boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan @jpj atau http://ipj.spab.gov.my dengan butiran pengadu dan butiran aduan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/kesalahan-cop-parkir-dan-cara-membuat-aduan

https://www.iloveborneo.my/jpj-sarawak-ops-perayaan-krismas-2023