Kesalahan Trafik Dibawa Ke Mahkamah, JPJ Sarawak Pantau 53 Lokasi Jalan Sehingga 27 April Ini

20 Apr 2023 • 8:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

JPJ Sarawak telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Aidilfitri

Kesalahan Trafik Dibawa Ke Mahkamah, JPJ Sarawak Pantau 53 Lokasi Jalan Sehingga 27 April Ini. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan meningkatkan pemantauan di 53 lokasi jalan raya di seluruh negeri yang sering berlaku kemalangan menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, menyatakan bahawa rondaan melalui Operasi Bersepadu JPJ akan meningkatkan pematuhan tingkah laku pemandu yang selamat.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Sebanyak 53 lokasi jalan raya di seluruh negeri telah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko dan akan diberikan pemantauan ketat oleh JPJ

“Tindakan ini bertujuan meningkatkan POBC atau Perception of Being Caught, iaitu kebolehlihatan penguatkuasaan bagi meningkatkan pematuhan tingkah laku pemanduan selamat dengan mengurangkan kesalahan trafik berulang di jalan raya,” katanya dalam sidang media Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2023 di sini, hari ini.

Menurutnya, titik penguatkuasaan jalan raya tambahan akan dilakukan terutamanya di kawasan Kota Samarahan sepanjang musim perayaan.

image is not available
Kesalahan Trafik Dibawa Ke Mahkamah, JPJ Sarawak Pantau 53 Lokasi Jalan Sehingga 27 April Ini

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengumumkan bahawa JPJ akan menjalankan Operasi Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri bermula semalam hingga 27 April ini.

Beliau juga mengatakan bahawa sebanyak 231 lokasi di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko dengan pemantauan akan ditingkatkan di kawasan-kawasan tersebut.

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca pautan di bawah: