Kesan Diboikot, Berjaya Food Bhd Catat Kerugian Lebih RM60 Juta Dalam Masa 6 Bulan

LocalBusiness & Finance
22 Feb 2025 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menurut laporan The Edge, Berjaya Food Bhd iaitu pengendali Starbucks di Malaysia dan Brunei telah melaporkan kerugian bersih sebanyak RM35.33 juta untuk suku kedua kewangan 2025.

image is not available

Syarikat tersebut telah mencatat kerugian berturut-turut dan prestasi merosot mendadak susulan terkesan dengan boikot produk keluaran Israel yang masih berterusan hingga ke hari ini.

Difahamkan, pendapatan suka tahunan Berjaya Food Bhd merosot sebanyak satu pertiga kepada RM123.1 juta berbanding RM182.55 untuk tahun sebelum ini.

image is not available

Bahkan kerugian operasi turut meningkat kepada RM23.24 juta jika hendak dibandingkan dengan suku yang sama pada tahun lalu iaitu sebanyak RM20.46 juta.

Walaupun jenama Starbucks menghadapi cabaran, kami tetap fokus kepada pertumbuhan dan kepelbagaian perniagaan. Inisiatif strategik yang dirancang diharap dapat meningkatkan prestasi dan membawa hasil yang lebih positif.

image is not available 1 month ago

“Keadaan Akan Aman, Jadi Untuk Apa Mahu Boikot Lagi?” - Vincent Tan