Kesan Lecur Dan Cedera Pada Dubur, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Ketika Dijaga Anak Jiran

15 Oct 2023 • 2:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terdapat kesan cedera pada dubur, lebam, melecur ketika dijaga anak jiran

Kesan Lecur Dan Cedera Pada Dubur, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Ketika Dijaga Anak Jiran. Sebuah tragedi menyayat hati telah berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui mati dengan keadaan yang mengejutkan.

Suami isteri dan anak lelaki mereka, berusia 26 tahun, kini ditahan oleh pihak polis berhubung kes ini, menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff.

image is not available
Kesan Lecur Dan Cedera Pada Dubur, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Ketika Dijaga Anak Jiran

Suspek pernah berkahwin dan kini seorang duda.

Pasangan tersebut, yang berusia 62 dan 57 tahun, telah menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan (KK) Bagan Serai selepas mendapati kanak-kanak tersebut tidak sedarkan diri pada pukul 6 petang.

Menurut laporan, mangsa adalah anak jiran pasangan berkenaan dan telah diambil oleh anak lelaki pasangan tersebut sejak Selasa lalu untuk bermain.

Menurut Superintendan Juna, “Suspek pernah berkahwin dan kini seorang duda. Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan terdapat kesan lebam dan luka melecur di badannya.”

image is not available
Sumber: Harian Metro

Terdapat kecederaan pada lubang dubur mangsa.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh memperlihatkan bahawa kematian kanak-kanak malang itu berpunca daripada pendarahan teruk di kepala akibat kesan hentakan benda tumpul dan luka melecur seluruh badan akibat benda panas serta terdapat kecederaan pada lubang dubur mangsa.

Pasangan dan anak lelaki mereka kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang melibatkan kesalahan membunuh.

image is not available
Gambar hiasan

Lagi artikel semasa, anda boleh lihat pautan di bawah: