Kesan penyakit awal, kunjungi Selangor Saring sepanjang September

LocalHealth & Fitness
29 Aug 2025 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 29 OGOS: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor diteruskan di lima lokasi sepanjang September ini.

Inisiatif Selangor Saring yang menyediakan ujian kesihatan antaranya jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, barah, mata, telinga dan gigi diadakan dari 9 pagi hingga 3 petang.

Lokasi program sepanjang September seperti berikut:

  • 6 September (Sabtu) di Dewan Semarak Padi Homestay (DUN Sabak)

  • 7 September (Ahad) di Dewan Serbaguna MBSJ Laman Puteri 3 (DUN Kinrara)

  • 14 September (Ahad) di Kompleks 3K MPSJ (DUN Seri Kembangan)

  • 21 September (Ahad) di Dewan Sri Cempaka Saujana Impian (DUN Kajang)

  • 27 September (Sabtu) di Dewan Kenanga Seksyen 28 (DUN Kota Kemuning)

  • Orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

    • memuat turun SELangkah

    • tekan butang Selangor Saring

    • isi borang soal selidik

    • pilih lokasi dan tarikh program

    Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.

    Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.