Kesan Tikaman Pada Badan, Kepala, Buruh Ladang Dipercayai Dibunuh

20 Jul 2023 • 10:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mangsa yang berusia 33 tahun dipercayai dibunuh jam 11 pagi semalam - gambar hiasan

TAWAU  -- Seorang lelaki warga asing yang juga buruh ladang ditemukan mati dipercayai dibunuh, di sebuah ladang sawit di Merotai, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata mangsa yang berusia 33 tahun dijumpai dengan kesan tikaman di bahagian badan dan kepala serta dipercayai dibunuh kira-kira 11 pagi.

"Susulan itu, polis menahan tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan di kawasan bandar Tawau pada 12 tengah malam semalam untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jasmin berkata tiga daripadanya kemudian dibebaskan manakala seorang suspek lelaki berusia 53 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai milik mangsa dan tombak yang disyaki digunakan dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut. -- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved