“Kesana Sini Dengan Makwe Boleh Pula” – Terpaksa Pilih 99 Nama Allah Dibinkan Untuk Anak, ‘Influencer’ Kesal Suami Tak Hadir Ke JPN

Family & Parenting
21 Feb 2023 • 1:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti diketahui ramai, seorang influencer yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau mesra dikenali sebagi Cik Pia sebelum ini ada meluahkan dirinya berasa kesal dengan sikap suami yang enggan memberi kerjasama hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hingga membuatkan anak terpaksa dibinkan nasab Abdullah.

Terbaharu, Cik Pia ada kongsikan satu video baru di TikTok memaparkan dirinya sedang menahan air mata apabila anak yang baru dilahirkan terpaksa memilih 99 nama Allah untuk dibinkan membuat ramai berasa sebak.

Dalam pada itu, dia lagi berasa kesal apabila mengetahui si suami sempat saja melakukan live di media sosial tetapi tidak mempunyai masa untuk hadir ke JPN untuk daftar nama anak.

Pedih bagai dihiris hati ini.. masih ada masa ke sana ke sini dengan makwe tapi untuk datang ke JPN daftarkan anak tak ada masa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata merasakan pihak JPN sepatutnya lebih bertimbang rasa terhadap wanita tersebut memandangkan suami tidak mahu beri kerjasama.

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ramai juga netizen mendoakan agar Cik Pia kuat hadapi ujian tersebut dan berharap agar perjalanannya sentiasa dipermudahkan.

image is not available 13 jam lalu

"Ni Kedai Makan, Bukan Tadika!" - Wanita Anak Ramai Bengang Kena Jeling Di Restoran Sebab Bising, Netizen Tak Puas Hati?