Kesatuan Eropah Desak Ketegangan Gaza Dihentikan

8 Aug 2022 • 9:46 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Pada sabtu lalu Kesatuan Eropah (EU) mendesak semua pihak agar tidak membuat sebarang tindakan yang memungkinkan peningkatan ketegangan dan kematian di Semenanjung Gaza.

image is not available
Sumber: Anadolu Agency

EU meminta agar semua pihak menghentikan sebarang provokasi demi mengelakkan angka korban daripada terus meningkat, di Gaza dan kawasan sekitarnya.

Menurut sumber, EU mengikuti perkembangan semasa di Palestin dengan penuh kebimbangan. Ini disebabkan konflik tersebut mengakibatkan kematian orang awam termasuk seorang kanak-kanak.

Peter Stano yang merupakan jurucakap utama perkhidmatan diplomatik EU mengatakan bahawa kesatuan tersebut menggesa untuk sesi dialog “bagi memulihkan halatuju politik dan memastikan situasi yang mampan” di rantau itu.

Sehingga kini dikatakan 44 rakyat Palestin terbunuh termasuk 15 kanak-kanak dalam serangan yang dibuat Israel ke atas Gaza, manakala 360 orang lagi cedera.

image is not available
Sumber: Aljazeera

Serangan tersebut berlaku ditengah-tengah ketegangan yang meningkat di seluruh wilayah Palestin sejak Isnin, apabila tentera Israel menahan seorang pemimpin kanan Jihad Islam, Bassam al-Saadi, dalam serbuan di bandar Jenin – Bernama


image is not availableMASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia