Kesatuan pekerja bank Sarawak raih pelarasan gaji 9% di bawah perjanjian CA baharu

LocalBusiness & Finance
20 Sep 2024 • 10:09 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

image is not available
parafrasa

Kesatuan pekerja bank Sarawak raih pelarasan gaji 9% di bawah perjanjian CA baharu

johardy

20/09/2024 - 10:09

KUALA LUMPUR 20 Sept - Kesatuan Pekerja Bank Sarawak menandatangani Perjanjian Kolektif (CA) baharu dengan Persatuan Bank Komersial Sarawak dengan faedah termasuk pelarasan gaji 9%, bantuan perayaan dan pekerja ex-gratia sekali sahaja di bawah gred perkeranian dan bukan perkeranian.

CA baharu akan memanfaatkan kira-kira 1,100 pekerja dalam gred Jualan & Perkhidmatan 1 (SS1), Jualan & Perkhidmatan 2 (SS2) dan Jualan & Perkhidmatan 3 (SS3), yang berkhidmat di 14 bank perdagangan di Sarawak.

Ia akan menyaksikan pelarasan gaji dan faedah lain yang diundur (backdated) pelaksanaan ke tarikh 1 Januari 2024.

Selain daripada pelarasan gaji 9%, CA buat pertama kalinya, akan melihat kemasukan bayaran Bantuan Perayaan tahunan sebanyak RM1,800 untuk membantu pekerja yang berkenaan meraikan perayaan masing-masing dan memberikan sedikit kelegaan terhadap perbelanjaan tambahan yang lazimnya berlaku pada masa-masa ini.

image is not available

CA ke-17 SCBA-SBEU, bagi tempoh 2024-2026, ditandatangani di hadapan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, di Kuching, Sarawak.

Mewakili SBEU pada majlis itu ialah Presidennya, Fabian Anak Oliver Patrick Munan dan Setiausaha Agung, Joseph Kong. SCBA pula diwakili oleh Presidennya Maureen Paril dan Setiausaha, Elvy Nurdalila Amira.

Turut hadir menyaksikan acara itu ialah Presiden Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaya, Dato’ Brian Jit Singh. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved