Kesedaran awal buli mesti bermula dari rumah: Redonah

LocalFamily & Parenting
3 Aug 2025 • 1:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KOTA MARUDU: Jangan jadikan apa juga alasan bagi membenarkan kes buli berlaku, khususnya di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi, kata Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda.

Katanya, isu itu tidak boleh dipandang ringan kerana ada mangsa yang membunuh diri bahkan dibunuh.

“Sebagai seorang ibu, di negara kita, bukannya seperti di negara lain yang ada sistem kasta, kita semua sama sahaja. Tidak patut ada istilah ‘kau siapa, kau anak siapa’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kuasa yang ada bukan untuk menindas, bahkan kesedaran dan didikan untuk menjauhi buli wajar bermula dari rumah, dengan ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak tahu apa itu buli, menghindari daripada membuli dan menjadi mangsa buli.

“Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan kes buli tidak berlaku. Cuba wujudkan persekitaran prihatin dan bersikap ambil tahu, dan laporkan kepada pihak bertanggungjawab sekiranya menyedari ada unsur buli berlaku, khususnya di sekolah,” katanya pada majlis Hari keluarga PIBG 2025 SK Kota Marudu II dekat sini, baru-baru ini.

“Setiap kali saya melawat sekolah, sama ada sekolah rendah, sekolah menengah ataupun institusi pengajian tinggi, saya akan ingatkan berkaitan kes buli ini.

Kesedaran awal, khasnya dalam kalangan pelajar dan anak-anak kita, mesti bermula dari rumah.

“Sebelum melangkah ke sekolah, kes buli ini harus kita berikan didikan kepada anak-anak apa itu kes buli, supaya anak-anak ini tidak menjadi pembuli atau yang dibuli.

“Saya ajar anak saya untuk bercakap dan melaporkan sekiranya ada kesan-kesan, sama ada perkataan atau apa sahaja mahupun benda kecil. Sebab buli tercetus biasanya bermula daripada benda kecil yang dibiarkan.”

Redonah juga menasihatkan ibu bapa agar menekankan didikan agama, menyemai sifat sopan santun, menghargai kawan-kawan dan menerapkan nilai-nilai murni terutamanya keperihatinan dan kasih sayang.

View Original Article