Keselamatan di selatan Lubnan cetus tanda tanya, UNIFIL undur hujung tahun ini

6 Nov 2026 • 12:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Keselamatan di selatan Lubnan cetus tanda tanya, UNIFIL undur hujung tahun ini

BEIRUT – Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) akan mula berundur dari negara itu selepas mandatnya tamat pada 31 Disember ini,  selaras dengan Resolusi 2790 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),  demikian menurut UNIFIL seperti laporan agensi berita rasmi  Xinhua.

UNIFIL dalam satu hantaran di platform  X menyatakan, pihaknya akan meneruskan operasi harian di seluruh selatan Lubnan termasuk memantau dan melaporkan perkembangan semasa, menyokong Angkatan Tentera Lubnan serta memudahkan pelaksanaan misi kemanusiaan sehingga mandatnya berakhir.

Menurut UNIFIL, Majlis Keselamatan PBB sedang mempertimbangkan pengaturan bagi tempoh selepas pengunduran pasukan itu.

Pengumuman berkenaan dibuat ketika Presiden Lubnan Joseph Aoun, Perdana Menteri Nawaf Salam dan beberapa pegawai lain menggesa masyarakat antarabangsa mengekalkan kehadiran UNIFIL kerana bimbang pengundurannya akan mewujudkan kekosongan keselamatan di selatan Lubnan.

UNIFIL telah beroperasi di selatan Lubnan sejak 1978, dengan mandatnya dilanjutkan buat kali terakhir sehingga 31 Dis 2026 menerusi Resolusi 2790 yang diterima pakai pada Ogos 2025.

Sehingga bulan ini terdapat 45 negara yang menyumbang anggota tentera untuk misi UNIFIL termasuk India, Indonesia, Perancis, Itali, China, Jerman dan Malaysia. – BERNAMA

 

      

The post Keselamatan di selatan Lubnan cetus tanda tanya, UNIFIL undur hujung tahun ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved