Kesemua 379 penumpang terselamat daripada pesawat yang terbakar di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo

2 Jan 2024 • 8:25 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TOKYO: Kesemua 379 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Japan Airlines yang terbakar di Lapangan Terbang Haneda Tokyo berjaya diselamatkan, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.

Pesawat itu, yang mengendalikan penerbangan 516 dari Lapangan Terbang New Chitose di Wilayah Hokkaido ke Lapangan Terbang Haneda Tokyo, bertembung dengan sebuah pesawat yang dipercayai milik Pengawal Pantai Jepun selepas mendarat di Lapangan Terbang Haneda, lapor penyiar awam NHK, memetik Japan Airlines.

Anggota bomba sedang memadamkan api, katanya.

Rakaman NHK menunjukkan letupan api besar dilihat dari sebelah pesawat Japan Airlines ketika ia bergerak di landasan selepas mendarat dan api menyambar pesawat itu tidak lama kemudian.​ -Bernama