Kesemua iPhone 16 Dijangka Dijana Dengan Siri Cip A18

TechnologyDigital
3 Jul 2024 • 11:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah dua generasi iPhone, Apple mengitar semula cip lama ke model asas dan hanya model Pro dijana dengan cip baharu. Baru-baru ini tertiris yang kesemua iPhone 16 dijangka akan dijana dengan siri cip yang sama iaitu A18.

image is not available

Menurut laporan MacRumors, seorang pembangun bebas Nicolás Alvarez menemui kod dalam Apple yang mencadangkan kesemua iPhone 16 akan menggunakan cip A18. Kod bagi setiap iPhone ini adalah seperti berikut;

  • iPhone17,1
  • iPhone17,2
  • iPhone17,3
  • iPhone17,4
  • iPhone17,5

Kod nama iPhone17 adalah untuk iPhone 16 sepertimana iPhone16 adalah untuk iPhone 15 Pro. Nombor selepas kod nama adalah tanda untuk siri cip yang digunakan. Untuk senarai kod nama iPhone17 ini ia jelas sekali menyatakan setiap iPhone 16 akan menggunakan cip dalam siri yang sama. Jika dibandingkan dengan siri iPhone 15;

  • ‌iPhone 15‌ – ‌iPhone15‌,4
  • ‌iPhone 15‌ Plus – ‌iPhone15‌,5
  • iPhone 15 Pro – ‌iPhone16‌,1
  • ‌iPhone 15 Pro‌ Max – ‌iPhone16‌,2

Disebabkan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus menggunakan cip iPhone 14 Pro (iPhone15,2), kod namanya bersambung dari model tersebut. Kemudian iPhone 15 Pro menggunakan cip baharu, ia menggunakan kod nama baharu mengikut turutan peranti yang menggunakan cip sama.

image is not available

Walaupun begitu, Apple masih boleh menetapkan iPhone17,1 dan iPhone17,2 menggunakan cip A18. Sementara iPhone17,3 dan iPhone17,4 menggunakan cip A18 Pro. Kod nama iPhone17,5 dikatakan mungkin untuk iPhone SE generasi seterusnya. Perkara ini turut tidak mengejutkan, dengan Apple ingin menekankan ciri Apple Intelligence untuk generasi iPhone seterusnya menggunakan cip dalam siri yang sama adalah keputusan bagus. Apa kata anda?