Kolaborasi pimpinan Persatuan Penduduk bersama Jawatankuasa Pengurusan Aura Residence, dan Jawatankuasa Surau Aura Al-Safa serta kerjasama dan sokongan padu komuniti setempat adalah penting dalam merancang aktiviti berbentuk kebajikan kekeluargaan, keselamatan umum dan kerohanian. Perpaduan pelbagai entiti pimpinan yang kukuh menjadi asas kepada kejayaan perlaksanaan semua program yang memberi manfaat kepada masyarakat. Telah terbukti, pimpinan persatuan penduduk dan jawatankuasa surau menjadi penggerak utama kepada kemajuan & kecemerlangan di Aura Residence.
Saya amat teruja dengan pencapaian kolaborasi pimpinan Persatuan Penduduk dan Surau Aura Al-Safa merancang aktiviti dan melaksanakan pelbagai program untuk semua lapisan masyarakat setempat dalam memupuk hidup sehat, bermotivasi dan sentiasa berdapingan dengan pada remaja dan pelajar. Pimpinan bekerjasama mengimarah surau dengan mengadakan aktiviti pendidikan berasaskan agama dan perkidmatan serta kebajikan untuk masyarakat. Kolaborasi pimpinan ini turut mengawasi keadaan sekeliling struktur bangunan serta kawasan umum dan mengambil tindakan pembaikan, jika diperlukan.

Pimpinan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Aura Residence menentukan kawasan umum, Dewan Serbaguna, tempat bersukan dan riadah sentiasa dalam keadaan bersih, selamat & ceria. Mereka turut menyelaras kerja-kerja kebersihan dan kehijauan persekitaran yang dijalankan oleh pekerja. Disamping itu, membantu untuk mendapat sumber kewangan bagi tabung Surau melalui berbagai cara termasuk sumbangan individu & lain-lain sumber.

Sempena dengan sambutan Aidifitri 1447H, pada 11 April 2026, pimpinan Persatuan Penduduk telah bekerjasana erat dengan Jawatankuasa Surau Al-Safa menganjurkan Majlis Riang Ria Aura di Dewan Serbaguna, terbuka kepada masyarakat setempat dari pelbagai kaum. Majlis ini bertujuan merapatkan ukhuwah, memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum, dan mencipta momen indah bersama keluarga serta jiran tetangga. Ia juga berfungsi sebagai platform simbolik untuk menzahirkan, dan menghargai jasa barisan kepimpinan, pihak pengurusan, para petugas keselamatan serta pasukan kebersihan.
Selain dari menikmati juadan Aidifitri, majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Putrajaya, YB Datuk Dr. Radzi Jidin dan barisan pimpinan Persatuan Penduduk & Jawatankuasa Surau Al-Safa, hadirin dan jemputan telah dihiburkan dengan persembahan kanak-kanak Tadika & murid2 sekolah.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
