Kesesakan kapal kargo di pelabuhan selesai: Phoong

28 Jul 2024 • 2:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Suria Abdullah

Kota Kinabalu: Kesesakan kapal kargo di pelabuhan di sini diredakan dengan operasi kapal Roll on Roll Off (RORO) dipindahkan dari Pelabuhan Sepanggar.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri Datuk Phoong Jin Zhe berkata langkah segera jangka pendek ini telah terbukti berkesan.

Beliau berkata kesesakan bermula awal Julai dan langkah ini membantu mengelakkan surcaj kesesakan dikenakan oleh syarikat perkapalan.

Beliau berkata surcaj yang sepatutnya diperkenalkan pada 15 Julai ini sudah pasti memberi kesan negatif kepada ekonomi.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Seperti yang umum sedia maklum, saya mengambil inisiatif segera untuk membawa isu pelabuhan ini kepada Kabinet Negeri untuk tindakan segera. Selain memindahkan kapal RORO ke pelabuhan KK, langkah lain adalah mengadakan libat urus dengan syarikat perkapalan dan pihak berkepentingan,” kata Phoong.

“Saya gembira surcaj tersebut tidak dikenakan pada 15 Julai. Ini memberi ruang kepada pengurusan pelabuhan Sabah untuk meningkatkan kecekapan pelabuhan dan melaksanakan tindakan segera untuk mengurangkan kesesakan,” katanya.

Beliau telah memantau operasi di Pelabuhan Sepanggar sejak dua minggu lalu dan gembira melihat penambahbaikan ketara.

“Hari ini (26 Julai), saya menyaksikan operasi kapal RORO pertama yang memunggah keluar kereta di Pelabuhan KK, selaras dengan arahan daripada kabinet,” kata Phoong.

Ini adalah operasi pertama pelabuhan itu selepas pemindahan ke pelabuhan Sepanggar pada Januari 2022.

“Berdasarkan pemerhatian peribadi saya sejak lima hari lepas, tidak ada lebih daripada tiga kapal kargo menunggu untuk berlabuh di Pelabuhan Sepanggar pada satu-satu masa,” katanya.

“Kebanyakan masa, hanya satu atau dua kapal menunggu di perairan kita, dengan purata masa menunggu kurang daripada 48 jam sebelum mereka dibenarkan berlabuh,” kata Phoong yang juga Adun Luyang.

Beliau berkata setakat 5 petang Jumaat, satu-satunya kapal kontena yang menunggu sehari di perairan Sabah telah dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Sepanggar.

“Ini bermakna tiada lagi kapal yang sedang beratur atau menunggu untuk berlabuh.”

Phoong berkata pemantauan berterusan terhadap operasi pelabuhan akan diteruskan sebagai cara memulihkan keyakinan rakyat Sabah dan pihak berkepentingan, terutamanya syarikat perkapalan, sekali gus memastikan surcaj kesesakan tidak akan dilaksanakan.

“Saya ingin memberi penghargaan kepada usaha yang dilakukan oleh pengurusan Sabah Port untuk meningkatkan kecekapan. Langkah telah diambil untuk menambah tenaga kerja pemandu dan joki, antara inisiatif lain,” katanya.

Beliau memuji kerjasama agensi berkaitan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah dan Sabah Ports Sdn Bhd sejak dua minggu lalu.

“Saya juga berterima kasih kepada syarikat perkapalan atas komitmen dan kerjasama mereka dalam bekerjasama dengan Sabah untuk memastikan situasi menang-menang,” tambah Phoong.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.