Kesesakan Kurang Hingga 50%: Ini Bukti Inisiatif Smart Lane Menjadi

2 Jul 2026 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Kesesakan Kurang Hingga 50%: Ini Bukti Inisiatif Smart Lane Menjadi

image.png

Nampaknya, inisiatif Smart Lane yang dilaksanakan di beberapa jajaran utama negara terbukti berjaya mengurangkan kesesakan trafik antara 30 hingga 50 peratus sejak tahun 2023 sehingga kini.

Malah, perjalanan bukan sahaja menjadi lebih lancar, malah laluan kecemasan yang dibuka sementara ini juga disahkan selamat dan mencatatkan kadar kemalangan yang sangat rendah berbanding jumlah kenderaan yang melaluinya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan sistem berkenaan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terbukti berkesan meningkatkan kelancaran aliran trafik di kawasan terlibat.

image.png

“Bagi tempoh 2023 hingga kini, inisiatif Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan antara 30 peratus hingga 50 peratus.

“Daripada sudut keselamatan, kadar kemalangan di zon Smart Lane didapati sangat rendah jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan trafik di laluan tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Zakri Hassan (PN–Kangar) mengenai justifikasi pelaksanaan Smart Lane di beberapa jajaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada aspek keselamatan dan keselesaan pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved