“Kesian 3 Jam, Jam Tu Yang Kena Fitnah” – Didi Astillah Jawab Kenapa Muat Naik Video Bella Dan Ruhainies Di Live TikTok

Entertainment
14 Mar 2024 • 3:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan adik kepada pelakon Bella Astillah, Didi Astillah sebelum ini mencuri tumpuan netizen apabila dia ada memuat naik video kemesraan di antara kakaknya itu dengan Aliff Aziz di sebalik kekecohan yang berlaku tempoh hari.

Dalam satu siaran langsung TikTok, Didi yang sedang bersahur sempat bergurau dengan adik lelakinya yang pada ketika itu masuk ke dalam bilik.

Didi kemudian membuat aksi ‘pov’ serbuan dari pihak JAWI ke biliknya.

Alamak, tolonggg JAWI datang. Tangkap basah, tangkap basah.

Dia kemudian menjelaskan tentang hantaran video mesra Bella dan Ruhainies yang dimuat naik olehnya tempoh hari.

Nanti korang tertanya-tanya siapa, saya tolong korang jangan keliru-keliru. Kalau geram tu kan suka gigit yang macam tu (reaksi gigit bibir). Biasalah kebelakangan ni banyak kegeraman yang berlaku.

Ada juga netizen yang bertanyakan tentang masa ‘3 jam atau 30 minit’ namun hanya dijawab Didi dengan berbasa basi.

Apa korang ni? Saya makan tak sampai 30 minit. Kesian 3 jam. Jam tu yang kena fitnah. Korang ni bulan-bulan puasa pun sibuk ek. Rajin. Biasa ni.

Terdahulu, Didi juga mengesahkan bahawa abang iparnya itu telah ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Wanita Perlu Menghormati Wanita Lain Dan Berhenti Normalisasi Kelakuan Tidak Sopan Itu" - Zahirah Macwilson

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved